MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS DISIPLIN, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS.

Majlis telah dilangsungkan pada 10Februari 2014 di Dataran Perhimpunan SK(1) Gombak dengan disaksikan oleh guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa.  Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hem

20140210_084339.20140210_08584820140210_08582120140210_08580520140210_09002720140210_09400220140210_10273020140210_10305020140210_103416    

TAHNIAH ! kepada yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.

Selamat Datang Penolong Kanan HEM .

Warga SK(1) Gombak mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  yang baharu menggantikan Puan Hajah Sarimah yang telah bersara pada Februari 2013.  Setelah setahun menunggu akhirnya kekosongan ini terisi juga.  Terima kasih kepada Puan Hazlinda yang telah sudi menanggung kerja HEM selama ini.  Tahniah kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang.  Semoga diberi kenaikan pangkat dalam masa terdekat. Kepada Puan Aida binti Saim selamat datang dan selamat menjadi warga SK(1) Gombak.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Bantuan awal persekolahan akan disampaikan kepada ibu bapa pada hari Khamis 23 Januari  2014 mengikut sesi.

Sesi Pagi – 11.00 pagi hingga 1.30 tengah hari

Sesi Petang – 2.00 petang hingga 3.30petang.

Semua ibu bapa warganegara Malaysia diminta hadir dengan membawa kad pengenalan  asal dan surat beranak asal anak untuk menerima bantuan tersebut.

SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Pihak sekolah  mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid dan guru-guru SK (1) Gombak.  Semoga 2014 akan  membawa sinar kecemerlangan  untuk SK(1) Gombak baik dari sudut akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Untuk makluman semua, Guru Besar En Aslian bin Pios telah pun bertukar ke Institusi Pendidikan Bahasa Antara Bangsa sebagai Pegawai Penyelaras Kokurikulum mulai 9 Disember 2013.  Buat masa ini jawatan Guru Besar masih kosong.

TAKLIMAT IBU BAPA TAHUN 1/2014

Taklimat persekolahan Tahun 1/2014 telah diadakan pada 31 Disember 2013.  Lebih 200 orang ibu bapa hadir mendenar taklimat .  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan ucapan Penolong Kanan Pentadbiran.  Seterusnya ibu bapa diberi penerangan mengenaiPeraturan sekolah, PBS, LINUS dan Frog Vle.  Sebelum bersurai ibu bapa bergerak ke bilik SPBT untuk mendapatkan pinjaman buku teks.

IMG_6372 IMG_6370 IMG_6371 IMG_6374 IMG_6375 IMG_6377 IMG_6385 IMG_6383 IMG_6378 IMG_6384

KARNIVAL My3L PERINGKAT NASIONAL

17 NOVEMBER 2013.

Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menghadiri Karnival My3L Peringkat Nasional 2013 di Shah Alam Convention Centre.  Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan menimba ilmu tanpa mengira usia.  Murid -murid berpeluang mencuba sendiri beberapa kemahiran yang menarik perhatian mereka.

IMG_5818

IMG_5812 IMG_5815 IMG_5810 IMG_5823 IMG_5824 IMG_5825 IMG_5826 IMG_5827 IMG_5828 IMG_5832 IMG_5833 IMG_5837 IMG_5839 IMG_5840 IMG_5841 IMG_5842 IMG_5843 IMG_5844IMG_5820IMG_5836