PANORAMA SEKOLAH

Tahun 2011 merupakan tahun untuk menceriakan lagi kawasan sekolah bagi meningkatkan pesekitaran sekolah yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun sekolah telah berusia lebih daripada 50 tahun, namun jika usaha yang gigih dijalankan, bukan mustahil untuk sekolah ini terus ceria dan cantik mata memandang. Justeru itu, di bawah program 3K, unit HEM merancang beberapa projek untuk tujuan tersebut. Semoga program tersebut mencapai matlamatnya.