Jamuan Akhir Tahun 09

TARIKH        19 NOV 2009 KHAMIS
MASA             8.00 MALAM
TEMPAT       DEWAN SK GOMBAK (1)

Salam perpaduan untuk semua, sekali lagi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK G0mbak (1) telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2009 dengan izin Allah subhanahuwata’ala. Walaupun agak kepenatan mengerah tenaga menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada siangnya, namun kepenatan terubat jua dengan kemeriahan dan komitmen guru-guru dan keluarga masing-masing menjayakan program penutup tirai ini.

Selain itu, wakil PIBG juga terlibat memeriahkan lagi program pada malam itu. Antaranya yang hadir YDP PIBG En Mohammad Jamil, Timb. YDP PIBG En. Hanin Razak, En Noor Azmi, En. Nor Azman dan lain-lain.

Acara bermula pada pukul 8.00 malam dengan kehadiran para tetamu. Majlis bermula dengan bacaan doa daripada ust Suffian. Para tetamu dihidangkan dengan bermacam-macam santapan seperti bbq kambing, soto, kuih muih, nasi goreng, kueh teow goreng yang dimasak khas oleh ADI KUEH TEOW .

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program pada malam itu. Tanpa kerjasama dan komitmen anda majlis tersebut tidak dapat diraikan dengan sempurna. Terima kasih kepada warga guru kerana gurulah yang merancang majlis tersebut untuk warga guru di SK Gombak (1).

Ucapan terima kasih juga kepada ahli keluarga dan anak-anak yang hadir pada malam itu. wassalam..