Jamuan Majlis Perpisahan

Assalamualaikum w.b.r dan Salam Sejahtera untuk semua,

Tarikh   : 6 februari 2010 (Sabtu)
Masa      : 12.00 tengahari
Tempat : Restoran Kristal, Jalan Sg Mulia

Pertamanya, jamuan ini diadakan adalah untuk meraikan guru-guru sekolah ini yang telah bertukar ke sekolah lain dan guru yang bercuti atas sebab-sebab yang tertentu. Majlis yang berjalan lancar dengan komitmen penuh guru-guru yang mementingkan semangat persaudaraan dan ukhuwwah kekeluargaan guru-guru SK Gombak 1.

Bagi meraikan guru-guru tersebut, Kelab Kebajikan Guru 2010 telah merancang satu majlis khas dengan bertujuan sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan sekolah selama tempoh masa tersebut. Semoga mereka akan terus menyumbang kebaikan kepada sekolah baru secara berterusan. Terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pada kali ini semoga ia berkekalan pada masa akan datang dengan penuh kejayaan dan dipermudahkan Allah, Insya Allah.