Salam Sejahtera,
PENDAHULUAN
Pelbagai program telah dirancang khusus untuk murid-murid tahun enam bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Antara program yang akan dilaksanakan ialah Kelas Bimbingan Murid-murid Tahun 6, Kem Motivasi, Seminar Teknik Menjawab Soalan UPSR, Program-program Sokongan dan lain-lain lagi. Untuk memangkin semangat dan jati diri murid-murid, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah merancang program motivasi Cetusan Harapan khusus bagi murid-murid tahun 6 bagi meningkatkan prestasi kendiri dan semangat belajar secara berterusan.
Pelaksanaan program ini diharap dapat memberikan suntikan kepada murid-murid tahun enam bagi melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini dirancang dengan merangkumkan pelbagai aktiviti yang bersifat ilmiah. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program ini seperti ceramah motivasi dan pengurusan masa yang lebih sistematik.
Sehubungan itu, adalah diharapkan program ini akan mendatangkan kebaikan kepada murid-murid dan membantu mereka melengkapkan diri dengan sebaik-baiknya selain mencapai objektif yang telah ditetapkan serta menghasilkan kejayaan yang boleh dibanggakan.
OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan semangat belajar murid-murid secara berterusan dan lebih sistematik.
2.2 Meningkatkan motivasi dan kesedaran murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR.
2.3 Mempelajari pentingnya pengurusan masa yang baik dan berterusan.
TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
28 Januari 2010 ( Khamis ) di Dewan SK Gombak (1)
SASARAN
Semua murid Tahun 6 2010
TENTATIF PROGRAM
7.30-7.45 pagi Pendaftaran peserta program
7.45-8.00 pagi Taklimat ringkas
8.00-10.30 pagi Slot 1
10.30-11.00 pagi Minum pagi
11.00-1.00 petang Slot 2
1.00-2.00 petang Makan tengahari
Solat Zohor
2.00-4.00 petang Slot 3
4.00 Penutup dan bersurai
SENARAI JAWATAN KUASA PROGRAM CETUSAN HARAPAN 2010PENASIHAT PN MARINAH BT BAWAN PENGERUSI PN HJH. ROHAYA BT A. SAMAT NAIB PENGERUSI PN HJH. SARIMAH BT MOHD YUNUS PN ZAHARAH BT AHMAD PENYELARAS SANUDDIN B. SHAFI’I
PENDAFTARAN PESERTA GURU-GURU TAHUN 6 JURUACARA ENCIK ZULKIFLI ENCIK SANUDDIN ENCIK ABDUL MALEK PA SISTEM / ICT / JURUFOTO ENCIK SANUDDIN ENCIK RAHAIZAT ENCIK IRMAN ENCIK AZLAN ENCIK AHMAD FADLEE DISIPLIN PENGURUSAN MURID SEMUA GURU KELAS PERSIAPAN DEWAN ENCIK ABDUL MALEK ENCIK IRMAN ENCIK TARMIZI ENCIK AZHAR YM TUAN ARZANI EN SHARIN JAMUAN PENCERAMAH PUAN ASIAH PUAN NURUL ADUWANIE







