SEJARAH

Sekolah Kebangsaan Gombak Satu ini dahulunya dikenali dengan nama National Type Primary School (English) Gombak Setia yang telah dimulakan persekolahannya pada 4 Januari 1960 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Pada awalnya sekolah ini ada dua kelas sahaja iaitu bagi Special Malay First Class dan Standard One Class.

Mr. Yap Swee Kee, guru bersara telah dilantik semula sebagai Guru Ketua dengan dibantu oleh Mr. G. Ramachandran yang juga seorang guru bersara. Bilangan muridnya ketika itu seramai 61 orang iaitu 38 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan. Daripada jumlah itu terdapat seramai 59 murid melayu dan 2 orang murid berbangsa cina. Pada tahun berikutnya bilangan murid semakin bertambah.

Pada bulan Januari 1962, Mr. Jangir Singh seorang guru Normal Superscale telah ditukarkan ke sekolah ini menjadi Guru Besar. Apabila murid bertambah ramai sekolah ini berpindah dan menumpang di Sekolah Chung Hwa High School, Jalan Gombak pada tahun 1962 yang dijalankan pada sesi petang.

Setelah melalui pelbagai halangan, sebuah bangunan tetap dimulakan pembinaannya di satu tapak seluas 5 ekar yang bertempat di Kilometer 8, Jalan Gombak (tapak sekolah sekarang). Pada 14 Januari 1963 bangunan sekolah ini telah mula digunakan dengan jumlah muridnya seramai 273 orang dan jumlah kelasnya ialah 7 buah kelas dengan gurunya seramai 11 orang.

Pada 28 November 1964 sekolah ini telah dirasmikan penggunaannya oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Haji Idris (S.M.S) selaku Menteri Besar Selangor ketika itu. Bersempena dengan perasmian tersebut, sukan tahunan yang pertama telah diadakan.

Pada awal tahun 1971 SRJK (Inggeris) Gombak telah berpecah dua menjadi SRJK (Inggeris) Satu Gombak dan SRJK (Inggeris) Dua Gombak dengan dua pentadbiran yang berlainan. Pada tahun 1975 sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN GOMBAK SATU. Bangunan asalnya ialah bangunan Blok A. Pada tahun 1971 telah dibina bangunan Blok C, tahun 1979 dibina bangunan Blok B dan Blok D dibina pada tahun 1991

Berikut adalah nama-nama Guru Besar yang telah dan sedang berkhidmat di sekolah Kabangsaan Gombak (1) :

1. Mr. Yap Swee Kee          04.01.1960 hingga 31.12.1961

2. Mr. Jangir Singh              01.01.1962 hingga 19.12.1963

3. Mr. E. F. Alagaratnam      01.01.1964 hingga 30.04.1974

4. Pn. Rabiatul Abd. Majid   01.05.1974 hingga 01.07.1988

5. En. Mohd Alim Ibrahim    02.07.1988 hingga 19.07.1990

6. En. Mohd Hanif                 25.07.1990 hingga 18.07.1994

7. En. Muhammad Sarip                 19.07.1994 hingga 15.08.1995

8. Pn. Yus Asima bt. Man       16.08.1995 hingga 01.04.2001

9. Pn. Marinah bt. Bawan         01.04.2001 16 .6.2013

10.  En. Aslian bin Pios  (PJK )       19.8.2013 hingga……………………..

Bagi menanamkan semangat cinta dan kasihkan sekolah, sebuah lagu sekolah dicipta dengan cogankata “Terus Maju” oleh Cikgu Mariam binti Hamid pada tahun 1980. Di samping itu, motto sekolah yang berbunyi BERDISIPLIN, BERWAWASAN, BERKUALITI terus unggul menjadi lambing warisan Sekolah Kebangsaan Gombak Satu. Setelah hampir 45 tahun sekolah ini beroperasi, maka banyak kemudahan telah disediakan selaras dengan corak pendidikan masa kini. Contohnya, Pusat Sumber Sekolah yang berfungsi menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan penggunaan bahan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan perkembangan IT pada tahun 1997, sebuah makmal komputer dibina bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat dilaksanakan. Semoga sekolah ini akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan gemilang pada masa-masa yang akan datang.

DSC02548DSC02547

DSC02545DSC02544

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s